PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo terus menunjukkan taringnya apabila mencatat kutipan RM15juta selepas 28 hari ditayangkan.

Polis Evo masih rancak sambutannya di 98 buah pawagam di seluruh negara walaupun sudah memasuki lima minggu tayangan.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar yang menggandingkan Shaheizy Sam dan Zizan Razak itu sekaligus membuktikan filem melayu masih relevan dalam industri perfileman tanah air memetik Astro Gempak.

Kutipan Terkini Polis Evo RM15 Juta Dalam 28 Hari Tayangan

Untuk rekod, peningkatan penjualan tiket Polis Evo bermula sejak minggu pertama ditayangkan iaitu RM2.5 juta selepas 5 hari tayangan dan meningkat ke RM8 juta apabila memasuki 11 hari tayangan.

Lebih membanggakan apabila masuk minggu ketiga kutipan tiket masih memberangsangkan dan berjaya mencatat jualan sebanyak RM13 juta.

Filem Polis Evo juga telah memberi impak kepada rakyat Malaysia apabila berada dalam 10 carian terbanyak di Google Malaysia pada September lalu.

Antara faktor yang menyumbang kepada populariti Polis Evo di carian Google ialah ‘Word of Mouth’ di kalangan penggemar filem-filem tempatan mahupun selebriti tanah air yang memuji kehebatan filem tersebut di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Tentang Polis Evo

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah di negeri Terengganu.

Layari www.polisevo.com.my untuk maklumat lanjut.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.