PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang lelaki ditahan semalam selepas polis yang menerima maklumat daripada orang ramai menyerbu apartmennya dan menemui 140 coli dan seluar dalam wanita.

Walaupun terkejut dengan jumlah pakaian dalam yang dicuri lelaki berkenaan, polis berkata, mereka terperanjat melihat cara lelaki berusia 23 tahun itu menyusun koleksinya.

Menurut pegawai, selain kemaruk dengan pakaian dalam wanita, lelaki itu juga pembersih.

Susunan mengejutkan lelaki pembersih kumpul 140 coli dan spender wanita yang dicuri
KOLEKSI pakaian dalam yang dicuri lelaki itu.

“Dia menyusun dengan baik semua coli dan seluar dalam yang dicurinya,” kata pegawai itu.

Menurutnya, lelaki berkenaan mengaku mencuri seluar dalam di jemuran di kediaman sekitar bandar Taoyuan.

Pencuri berkenaan juga berkata, sebahagian pakaian dalam itu dicuri selepas memasuki kediaman pelajar Universiti Kristian Chung Yuan yang tidak berkunci.

Cara dia menyusun barangan curinya itu jauh lebih baik berbanding lelaki yang ditangkap di Guanxi beberapa bulan lalu.

Lelaki berkenaan melonggokkan 2,000 pakaian dalam wanita yang dicurinya di atas siling, menyebabkan ia roboh kerana terlalu berat. – Agensi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.