PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Gara-gara memakai minyak wangi di sekolah seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di sini ditampar guru kaunseling kerana mengesyaki dia menghisap rokok elektronik, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kejadian itu amat dikesali Razali Bachik, 50, apabila anaknya diperlakukan sedemikian sekali gus mempersoalkan tindakan guru berkenaan kerana jelas melakukan kekerasan tanpa mengikut prosedur hukuman tatatertib yang betul.

Katanya, dia pelik mengapa anaknya tidak seperti selalu pergi ke masjid untuk berjemaah solat Maghrib sebaliknya hanya mengurung diri di bilik sejak petang memetik Sinar Harian.

Punca cikgu kaunseling tampar pelajar tingkatan 2 akibat bau minyak wangi

“Saya tanya dia kenapa tak ke masjid.. duduk dalam bilik, lepas tu dia beritahu cikgu lempang dan mengadu telinga dia rasa sakit sangat.

“Anak saya beritahu, dia kena lempang depan kawan sampaikan kawannya pun menangis.

“Peliklah kenapa tiba-tiba cikgu lempang, anak saya beritahu cikgu ada bau wangi di badan dan dakwa dia hisap rokok elektronik,” katanya ketika ditemui, semalam.

Razali berkata, anaknya mengaku ada memakai minyak wangi rakannya yang dibawa ke sekolah tetapi tidak pernah menghisap rokok.

Disebabkan khuatir tahap kesihatan anaknya terjejas selain trauma, Razali turut mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Katanya, sebagai bapa dia reda anaknya dikenakan tindakan tatatertib sekiranya melakukan kesalahan tetapi harus menggunakan prosedur yang betul.

“Saya pertikai kenapa pihak sekolah tidak guna peraturan ditetapkan, hubungi ibu bapa, bukannya menggunakan kekerasan dan sepak anak saya di koridor pejabat guru ni.

“Adakah seorang guru kaunseling berperwatakan begitu,” katanya yang turut menemui pihak pengurusan sekolah dan jabatan pendidikan negeri bagi menyelesaikan perkara berkenaan, semalam.

Razali berkata, sekolah adalah tempat bagi guru mendidik anak bangsa dan seharusnya pendekatan lebih baik boleh digunakan untuk mendisiplinkan pelajar.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.