PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Suspek kes bunuh pelajar perempuan tingkatan lima di rumah mangsa di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Suspek direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh memetik Harian Metro.
Punca pelajar perempuan tingkatan 5 dikelar didedahkan
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau untuk direman pagi tadi. 

Lelaki berusia 20 tahun itu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah di Bayan Lepas, di sini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.

“Semakan rekod juga mendapati suspek pernah ditahan kerana menghisap dadah dua bulan lalu

“Setakat ini, kita masih menuggu laporan bedah siasat,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.