PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Meskipun kini beliau sudah berusia 53 tahun, namun penyanyi Nassier Wahab masih laris dan kerap mendapat undangan menyanyi setiap minggu. Bak kata orang, Naseer merupakan artis yang masih kental dan mampu bertahan umpama pepatah ‘tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas’.

Lebih menarik, wajah Nassier Wahab juga tidak banyak berubah sejak kemunculannya di era 80an sampai sekarang hingga dia digelar ‘awet muda’ kerana apa yang pasti, ketika era tersebut rawatan wajah menggunakan kaedah kolagen atau yang setaraf dengannya masih belum wujud. Jadi apakah rahsia Nassier Wahab?

Untuk info, Nassier Wahab pernah memberitahu yang dia mengamalkan makan pucuk ulam raja serta makan nasi sedikit sahaja untuk keperluan badan. Tambahnya, dia tidak makan berlebihan hingga perut buncit kerana ia akan memberi kesan pada kesihatan memetik My Artis.

Nassier Wahab dedah rahsia awet muda

Disebabkan itulah dia masih sihat dan boleh dikatakan masih ‘handsome’ berbanding artis-artis yang seangkatan dengannya. Malah undangan menyanyi juga masih mencurah-curah, bukan sekadar di Malaysia sahaja, malah di negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

Rahsia awet muda Nassier Wahab terbongkar

“Alhamdulillah, sehingga kini tak menang tangan saya untuk memenuhi undangan persembahan, ada yang terpaksa ditolak.

“Dan saya menghargai setiap jemputan yang diterima sehinggakan walaupun kurang sihat, saya sanggup memenuhi undangan agar dapat menghiburkan peminat yang tidak pernah putus menyokong saya.

Rahsia awet muda Nassier Wahab terbongkar

“Apa-apa pun, saya bersyukur, walaupun tiada publisiti, saya masih lagi diterima ramai,” ujar Nassier Wahab kepada media ketika diajukan soalan tersebut.

Difahamkan, Nassier akan mengadakan konsert mini di Singapura pada Julai 2012. Kata penyanyi itu, dia dimaklumkan memiliki ramai peminat di negara itu dan terdapat sebuah syarikat menawarkan untuk menganjur konsert mini tersebut.

“Rasa bersemangat pula untuk membuat persiapan persembahan konsert,” ujarnya yang baru sahaja muncul dengan sebuah lagu single terbaru berjudul Puisi Lara.

“Puisi Lara merupakan sebuah lagu yang sangat istimewa ciptaan Adnan Abu Hassan terbitan BME Entertainment. Walaupun ia mengisahkan tentang lara cinta, namun melodinya sangat menarik untuk didengar.

“Sekarang ini saya sedang merangka beberapa promosi khas buat lagu itu sebelum meneruskan perancangan bagi menghasilkan sebuah album tidak lama lagi.

“Harap-harap lagu ini dapat mengembalikan semula nostalgia lagu Memori Terluka yang pernah popular dahulu,” ujarnya menutup bicara.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.