PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penduduk di negeri ini termasuk petani dilarang melakukan pembakaran terbuka untuk mengurangkan masalah jerebu, kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kassim.

Beliau berkata walaupun selama ini para petani diberi kelonggaran membakar jerami padi mereka selepas menuai padi, tetapi dalam keadaan jerebu masa kini, mereka dilarang berbuat demikian memetik Astro Awani.

Denda maksimum RM500 ribu atau 5 tahun penjara jika buat pembakaran terbuka

Sebanyak 63 anggota Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) membuat pemantauan di seluruh negeri untuk mengesan mereka yang melakukan pembakaran terbuka.

“Kalau aktiviti itu dapat dikesan, para anggota berkenaan akan terus membuat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk tindakan selanjutnya,” kata Mat Rawi kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Alam Sekitar peringkat negeri di Kampung Kurong Tengar di sini hari ini.

Mat Rawi berkata mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 dan jika kes dibawa ke mahkamah, mereka boleh didenda maksimum RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.