PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Enggan mengungkit kembali kisah silamnya, juara #AF2015 Sufi memberitahu dia kini ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjayanya.

Sufi atau nama sebenarnya Sufie Rashid mengakui dia tidak mahu sejarah hitam itu dipanjangkan lagi dan lebih selesa jika tidak bercerita mengenai kehidupan peribadinya memetik Astro Gempak.

Sejarah Hitam Terbongkar, Ini Respon Jujur Dari Sufi AF2015

“Bagi saya apa yang dah berlaku itu biarlah berlalu dan kalau boleh saya tidak mahu ungkit hal yang berkaitan dengan kontroversi ataupun peribadi.

“Saya ingin buktikan bahawa kemenangan ini bukanlah disebabkan kontroversi yang melanda sebaliknya kerana saya diiktiraf atas bakat saya sendiri.

“Tidak perlu dipanjangkan melainkan perkara tersebut benar-benar serius. Selepas ini saya mahu lebih fokus pada kerjaya saya sebagai seorang penyanyi.

“Jika ada pihak yang bertanya mengenai hal peribadi, saya akan tolak dengan baik,” katanya ketika ditemui Astro Gempak sebaik sahaja tamat konsert akhir #AF2015.

Selain itu, Sufi juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia cuba meraih undian dengan tampil membantu penyanyi cilik Indonesia, Tegar yang dikatakan berhadapan dengan kes gangguan seksual yang dilakukan oleh bekas pengurus yang juga merupakan bapa tirinya, Arif Dollah sekitar Mac lalu.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali, malah perkara itu berlaku sebelum saya sertai #AF2015 dan mana mungkin saya mahu menjadikan isu itu untuk meraih undian.

“Malah saya juga tak rasa menyesal sewaktu memberikan kenyataan mengenai kes tersebut kerana niat saya hanya satu iaitu untuk membantu sahabat saya.

“Sepanjang tiga bulan berada di akademi, saya tidak berhubung dengan dunia luar dan tidak tahu mengenai perkembangan kes tersebut.

“Selepas ini saya mahu berikan yang terbaik terhadap apa sahaja yang saya lakukan untuk kerjaya dalam karier muzik saya,” katanya yang mengakui tidak mengetahui bahawa kes tersebut telah digugurkan.

Terdahulu, Sufi pernah membuat pengakuan peribadi di hadapan pihak media dengan mengatakan bahawa dia pernah didera secara seksual oleh Arif Dollah.

Pendedahan itu dilakukan selepas pihak Tegar membuat laporan polis di Singapura berkenaan dengan kes gangguan seksual yang dilakukan oleh Arif terhadap Tegar.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.