PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Anak sulung lelaki Allahyarham Harun Salim Bachik meluahkan rasa terkilan apabila isteri kedua harun (ibu tirinya) meluah perasaan di Melodi.

Syafiq melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu keluarga balu bapanya (isteri kedua Harun) mengalami kesukaran hidup melalui Melodi sebelum ini.

Ibu tirinya itu (Suriati) mengadu tiada yang datang membantu setelah pemergian Harun, tetapi hanya dibantu Afdlin Shauki.

Syafiq berkata sepatutnya sebarang masalah dalaman sepatutnya boleh diselesaikan dengan keluarga terlebih dahulu bukannya mendedahkan dengan orang luar.

Anak Sulung Harun Salim Bachik Rasa Terkilan Dengan Ibu Tiri

Ini komen Syafiq:

“Saya pun serba salah nak komen, tetapi memanglah rasa terkilan apabila beliau berkata tiada sesiapa membantu keluarga isteri arwah ayah di sana kecuali Afdlin (Shauki),”

“Saya tertanya-tanya, mengapa jadi begitu?”

“Insya-Allah kami akan cuba selesaikan apa saja salah faham itu nanti,”

Syafiq menambah dia akan cuba sekali lagi untuk merapatkan hubungan keluarganya dengan ibu tirinya itu selain mahu orang ramai ingat arwah ayahnya sebagai seniman yang dihormati bukannya dengan isu masalah keluarga.

Syafiq berkata demikian ketika menghadiri tayangan amal filem Polis Evo yang merupakan lakonan terakhir ayahnya.

Harun Salim Bachik berkahwin dengan Martinah Ahmad (isteri pertama) dan memperoleh empat anak, termasuk Syafiq.

Selepas bercerai, Harun Salim Bachik kemudian berkahwin pula dengan Suriati Mohd Noor (isteri kedua) dan pasangan itu mendapat dua anak.

Syafiq juga mengaggap dua orang adik tirinya itu sebagai darah daging sendiri.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.