PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kenapa Malaikat Rahmat Tak Masuk Rumah?

Soalan: Bolehkan ustaz jelaskan apakah perkara-perkara yang menyebabkan malaikat rahmat tak masuk rumah kita?

Jawapan:

Inilah Punca Malaikat Rahmat Tak Masuk Rumah

Antara Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda

  1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.
  2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
  3. Rumah yang memelihara anjing.
  4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
  5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
  6. Rumah yang sering meninggikan suara.
  7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
  8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
  9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
  10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
  11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
  12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
  13. Rumah pemakan riba, interest.
  14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock black metal.
  15. Rumah yang memiliki patung-patung.
  16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
  17. Rumah yang didiami peminum arak.
  18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.
  19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
  20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
  21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
  22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.