PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah beberapa negeri ditutup pada 20 Okt (Selasa)ekoran jerebu merosot.

Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah di beberapa negeri ditutup pada Selasa, 20 Okt ekoran situasi jerebu yang kian merosot memetik Astro Awani.

Senarai sekolah diarah tutup esok kerana jerebu

Sekolah-sekolah terbabit adalah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur; daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak; daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah; serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penutupan itu susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut, masih mencatatkan bacaan tidak sihat.

“Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 3,029 sekolah dan seramai 1,909,842 orang murid di negeri dan daerah tersebut.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu-bapa mengenai penutupan ini dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini juga kebanyakan sekolah ditutup akibat jerebu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.