PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sejak semalam menjadi perbincangan hangat di laman sosial tentang sikap seorang kakitangan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang meninggikan suara kepada seorang pak cik yang tersalah kaunter.

Perkara ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Puan Madeira Red Zainal di mana dia meluahkan rasa tidak puas hati kerana katanya, semasa dia berada dipejabat Baitulmal, dia terkejut kerana kakitangan yang berada di kaunter meninggikan suara kepada seorang pakcik.

Jawapan Baitulmal Isu Staff Tinggikan Suara

Menurutnya lelaki berkenaan sepatutnya tidak berbuat demikian sehingga dengar walaupun berada sedikit jauh dengan pakcik tersebut jalan terhenjut-henjut sebelah mungkin kerana ada penyakit yang dihidapi.

Puan Madeira sempat mengambil gambar staf berkenaan dan memuatnaik bersama dengan luahan rasa tidak puas hatinya itu.

Selepas mengetahui mengenai perkara ini, pihak MAIWP telah tampil menjawab mengenai perkara ini kerana ia kini semakin rancak menjadi viral di laman sosial.

Berikut adalah jawapan daripada pihak MAIWP,

Staff Tinggikan Suara Pada Seorang Pak Cik, Ini Jawapan Baitulmal

MAIWP menerusi Bahagian Baitulmal telah membuat siasatan lanjut berhubung perkara yang menjadi viral tentang layanan terhadap seorang “pakcik”. Didapati ia berpunca daripada salah faham dalam prosedur permohonan iaitu tentang akuan sumpah bagi pendapatan pemohon yang tiada slip gaji…

Pada awalnya pemohon berkeras tidak mahu mengemukakan akuan sumpah pendapatan walaupun telah diminta secara lembut 3 kali. Sedangkan berdasarkan rekod kami melalui bantuan-bantuan yang sebelum ini beliau terima, menunjukkan bahawa beliau mempunyai pendapatan sampingan melalui perniagaan jualan buku dan kitab. Kejadian itu bermula apabila pemohon sendiri menimbulkan provokasi dengan berkata”tak kan semua pendapatan saya nak maklumkan”…

Walau bagaimanapun, kami memohon maaf atas tindakan yang kurang sesuai oleh petugas kaunter tersebut dan tindakan lanjut akan diambil. Sebarang aduan/ cadangan penambahbaikan boleh dimaklumkan terus kepada kami samada menerusi emel [email protected] atau fb di facebook.com/maiwp.hq atau facebook.com/baitulmal.wp

Selepas mendapat maklum balas daripada pihak Baitulmal berkenaan, Puan Madeira ternyata berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak Baitulmal berkenaan dan memuji kerana mereka prihatin dengan aduan yang di buat.

Beliau juga memaklumkan sudah membuang status berkenaan daripada laman Facebook miliknya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.