PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

TRELER filem terbaharu Star Wars iaitu Star Wars: The Force Awakens mencatat tontonan luar biasa apabila ia berjaya mencecah hampir 10 juta tontonan setakat pukul 10 malam 20 Oktober 2015.

Pada Ahad lalu, Lucasfilm dan Disney akhirnya mendedahkan kepada umum poster rasmi filem itu.

Pihak produksi itu juga mengjangkakan sambutan luar biasa sebaik trelernya dilancarkan dan ternyata tekaan itu tepat apabila tontonannya mencecah jumlah menakjubkan dalam masa beberapa jam memetik Mstar.

Video Treler terbaru Star Wars

Treler ini memberi pandangan yang luar biasa ke dalam watak-watak baru dan juga gambaran pertama daripada Millennium Falcon sejak Return of the Jedi!

Berdasarkan kepada beberapa saat treler ini, dapat dilihat siapa Kylo Ren dan John Boyega dan tentunya Star Wars: The Force Awakens  akan muncul dengan beberapa kejutan lain.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 18 Disember depan dan tiket-tiket awalnya telah mula dijual untuk tempahan di Amerika Syarikat.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.