PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sepasang suami isteri mendakwa najis beku yang mengakibatkan bumbung rumah mereka berlubang terjatuh dari pesawat penumpang.

Menurut Keith dan Ruth Mead yang tinggal di Corncockle Close, Melksham, Wiltshire, najis manusia sepanjang tujuh inci dan seberat lebih satu gram itu digugurkan dari tandas pesawat dan membeku ketika jatuh ribuan kaki sebelum merosakkan bumbung rumah mereka memetik Harian Metro.

Najis beku jatuh atas bumbung dari pesawat, suami isteri bingung
KETULAN najis. Gambar kanan, pasangan Mead menunjukkan lubang pada bumbung rumah mereka

Mereka kini bingung bagaimana mahu menyatakan kerosakan yang dialami dalam borang tuntutan insurans.

Mead, 70, berkata: “Kami pasti ia datang dari tandas pesawat yang melalui kawasan rumah kami. Dari mana lagi ia datang?

“Ketulan ais itu berwarna kuning dan coklat. Ia membeku sebaik gugur dari pesawat. Patutkah kami mengatakan ‘rumah kami rosak akibat terkena najis beku?’ Adakah pihak insurans akan mempercayai kami?”

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.