PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

 Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan dinaiki merempuh tembok konkrit dan terjunam dari tingkat lima tempat letak kereta bertingkat di Kondominium Duta Vista, di sini, malam semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Paul William Nunis dan isterinya, Mary Nunis Née Mary Rodrigues, masing-masing berusia 71 tahun memetik Berita Harian.

Pasangan suami isteri maut terjunam dari parkir Kondominium Duta Vista
SEPASANG suami isteri, Paul William Nunis dan isterinya, Mary Nunis Née Mary Rodrigues, maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh tembok konkrit dan terjunam dari tingkat lima tempat letak kereta bertingkat di Kondominium Duta Vista, di ibu kota.

William adalah pesara Telekom Malaysia (TM), manakala isterinya pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 8.13 malam ketika pasangan berkenaan mahu bergerak pulang selepas menghadiri satu majlis perjumpaan bulanan di situ.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markhandan, berkata William yang meletakkan kenderaannya jenis Perodua Kenari di luar masuk ke tempat letak kereta di tingkat lima untuk mengambil isterinya,

“Selepas mengambil isterinya, mangsa (William) memandu semula untuk keluar dari tempat itu. Bagaimanapun, sebaik menghampiri selekoh tempat letak kereta itu, kereta dipandu William hilang kawalan lalu melanggar tembok konkrit di tempat letak kereta berkenaan dan terjunam ke dalam belukar.

“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Beliau berkata, mayat pasangan berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat pada jam 8 pagi ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.