PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Suspek utama yang mengemparkan negara dengan aksi ganas dalam rakaman viral membelasah seorang wanita 22 tahun ditahan reman kali kedua kerana dipercayai terbabit dalam satu lagi kes pukul yang lain akibat perasaan cemburu.

Ika, 27, beralamat di Kampung Padang Mengkali, Peringat, di sini, dikenakan tahan reman empat hari mengikut Seksyen 452/323 Kanun Keseksaan iaitu ceroboh dan menyebabkan cedera terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun di sebuah hospital, tahun lalu memetik Sinar Harian.

Suspek utama pukul wanita di Bachok memang kaki pukul

Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari di mahkamah, di sini, pada jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan tahanan reman itu.

Dalam kejadian 4 November 2014 tersebut, satu laporan dibuat ibu mangsa yang menerima panggilan pihak hospital memberitahu anaknya dipukul tiga lelaki dan empat wanita ketika berada di rumah abang angkat yang dipanggil Abe Bob, di Panji, di sini.

Hasil temu bual mangsa menceritakan semasa berada di rumah itu, datang sekumpulan lelaki dan wanita antaranya dikenali dengan panggilan Nana serta Ika dengan membawa senjata pedang, parang, kayu serta tukul.

Suspek memecah masuk ke dalam rumah mencari mangsa. Akibat ketakutan, mangsa lari ikut tingkap dan terjun dari tingkat satu hingga mendapat kecederaan patah pergelangan kaki kiri. Abe Bob menghantarnya ke hospital.

Sebaik tiba di wad kecemasan, suspek sekali lagi datang dan serang serta memukul muka dan mata kiri mangsa hingga lebam sebelum dileraikan orang awam.

Kejadian didakwa berpunca apabila Nana berasa cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Abe Bob. Kesemua suspek sebelumnya adalah rakan mangsa dan hubungan menjadi tidak baik kerana perasaan cemburu tersebut.

Rohaimi berkata, suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut masih diburu polis.

Dalam perkembangan sama, katanya, berhubung penahan dua perakam video viral, berusia 17 dan 18 tahun yang ditahan sebelum ini pula dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan pihak pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Dua lagi suspek yang dikehendaki, Nija serta Mokbiey masih diburu polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa video rakaman wanita berusia 22 tahun terbabit dibelasah dan dimalukan dengan bajunya ditanggalkan heboh di media sosial.

Susulan itu, suspek utama ditahan sebelum mangsa bagi kes 2014 tersebut menghubungi pihak polis memberitahu suspek sama yang turut memukulnya dalam kejadian tahun lalu itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.