PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebelum ini, Perlis menetapkan perbuatan menari ketika berzikir adalah bertentangan dengan syarak.

Terbaharu, Dr. Maza selaku mufti Perlis telah membuat pendedahan bahawa golongan Syiah tidak berpuas hati dengan larangan itu.


Larangan Zikir Sambil Menari, Syiah Tidak Puas Hati

Menurut beliau,

Golongan Syiah tidak puashati dengan isu larangan menari untuk berzikir. Di Jordan, Hasan Saqqaf yang merupakan syiah berbaju sunni sering menuduh orang lain yang berbeza dengannya sebagai 'wahabi' ataupun terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jamaah. Banyak fitnah dan pembohongan yang dia lakukan. Alhamdulillah, akhirnya pemerintah dan Jordan dapat mengesan hubungan beliau dan gerakan Syiah, lalu dia diawasi dan dijauhi. Hasan Saqqaf telah menyesatkan Abu Hasan al-Ashaari sendiri yang merupakan tokoh Ahlus Sunnah wal Jamaah. Boleh lihat rakaman itu di internet.

Sdr. Zamihan bin Mat Zin merupakan murid serta penyebar buku Hasan Saqqaf di Malaysia. Beliau membantah fatwa larangan 'menari untuk berzikir' Jawatankuasa Fatwa Perlis dengan memberikan maklumat yang salah tentang fatwa tersebut kononnya Perlis menyesatkan orang dalam fatwa berkenaan. Cara seperti ini sering dilakukan oleh Hasan Saqqaf dan aliran-aliran Syiah yang lain. Untuk itu, sila baca teks fatwa berkenaan di lampiran ini.

Syiah Tidak Puas Hati Isu Larangan Zikir Sambil Menari

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.