PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang pengumpul batu mendakwa sebiji batu dalam koleksi simpanannya bernilai 150 juta yuen (RM 99juta) kerana mempunyai corak dua beruang panda.

Batu yang ditemui 12 tahun lalu di pantai Qingdao timur China dikatakan mempunyai corak haiwan berkenaan yang menjadikannya mahal kepada peminat dan pengumpul batu. Batu tersebut dikategorikan sebagai batu basanit, sejenis batu lama yang terbentuk hasil daripada pergerakan magma di dasar laut.

Batu Bercorak Dua Beruang Panda Bernilai RM99 Juta

Menurut Li, pemilik batu itu atas batu itu ialah corak dua beruang panda satu besar dan satu kecil. Bagaimana pun di belakang batu tersebut ianya hanyalah seperti batu biasa. Ramai peminat batu yang kagum malah sanggup menawarkan harga yang tinggi sehingga RM462,000.

Ketika menunjukkan kepada sebuah syarikat untuk menilai, dia diberitahu harga batu itu boleh mencecah sehingga RM99 juta. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.