PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Walaupun terminum ‘air mayat’, saya cekalkan hati saja kerana dalam fikiran ketika itu adalah mengeluarkan mangsa dan mencari baki yang masih belum ditemui.

“Saya tidak mahu patah semangat atau takut kerana hal ini,” kata Koperal Nicholas Langit @ Alex, 30, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Dia yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu mengimbas kembali ketika mula-mula mengeluarkan mayat Sasa Sobrie, 8, yang ditemui di tebing Sungai Perias, 500 meter dari Pos Tohoi, 7 Oktober lalu memetik Harian Metro.

Walau Tertelan Air Mayat, Pasukan Penyelamat Terus Cekal Mencari

Katanya, ketika itu, dia bersama 16 anggota penyelamat termasuk dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berusaha mengeluarkan mayat Sasa yang tersangkut pada sebatang kayu.

“Bukan senang sebenarnya untuk turun ke tebing itu ditambah pula keadaan semakin gelap. Sebaik nampak mayat, saya segera terjun ke dalam sungai kerana mayat dijumpai itu tersangkut.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.