PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sekiranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tiada apa untuk disembunyikan, tunggu sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selesai.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dakwaan boleh dibuat namun bukti adalah paling penting memetik Astro Awani.

Jika 1MDB tiada apa untuk disembunyikan, tunggu siasatan PAC - Wan Azizah
Penjelasan Arul Kanda turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional di Parlimen hari ini.

“Jika betul 1MDB tiada apa untuk disembunyikan, kita tunggu sahaja siasatan PAC,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen pagi tadi.

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pula, beliau menunggu masa untuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda mengemukakan bukti yang menunjukkan dakwaannya selama ini salah.

“Kita cuma mahukan kebenaran. Jika Arul (Kanda) boleh buktikan saya salah, buktikan,” kata Pua.

Sementara itu, penjelasan Arul Kanda turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Penjelasan tersebut membuktikan semua pihak tidak perlu sangsi dengan urus tadbir syarikat milik kerajaan itu.

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz berkata: “kalau dia tak betul, dia tak berani sebut, kena ingat 1mdb dah jadi satu isu besar, kenyataannya bermakna dia betul. Saya dah tahu lama, ini investment, tiba-tiba nak tarik investment macam mana … it takes some time,”  katanya.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dalam PAC kerana PAC yang akan membincangkannya.

“Saya berharap dengan jawapan tersebut, semua pihak tidak lagi merasa sangsi,” kata Shahidan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.