PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berkata, Allahyarhamah menghembus nafasnya yang terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar memetik Sinar Harian.

Ummu Jah akhirnya meninggal dunia

Semasa hayatnya, Hatijah adalah Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd  GISB dilaporkan meninggal dunia akibat serangan stroke.

Beliau yang menerima rawatan di KMC sejak 16 Oktober  lalu dijangka disembahyangkan esok di Masjid Mustaqim, Bandar Darulaman,  di sini, sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang.

Pada 9 November 2013, Hatijah atau dikenali Ummu Jah bersama 300 pengikut GISB melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan al-Arqam dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau melafazkan taubat dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat dihadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukur Hussein; Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.

Al-Fatihah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.