PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

 KUALA LUMPUR – Tidak serik digelar sebagai penjilat dan pengampu oleh netizen, Datuk Jamal Md Yunos terus menerus menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. 

Dalam kenyataan Jamal terkini berkata, negara pasti akan menjadi aman dan sejahtera sekirannya Tun Dr Mahathir keluar dari parti UMNO.

“Ini adalah satu perkara yang baik daripada terus membela seseorang yang hanya akan merosakkan masa depan parti. Mahathir umpama gunting dalam lipatan kerana selagi dia berada dalam parti, dia hanya akan merumitkan lagi keadaan dan menyusahkan parti,” katanya.

Jamal Md Yunos Kata UMNO Akan Buat Kenduri Kesyukuran Jika Mahathir Keluar Parti

Kenyataan itu dibuat berikutan tersebarnya khabar angin oleh Papa Gomo yang mendakwa Tun Dr Mahathir telah keluar dari UMNO. Bagaimanapun tidak dinafikan oleh pegawai Tun Dr Mahathir. 

“Apabila dia berada dalam UMNO dan banyak mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan parti, sudah pasti kami teragak-agak untuk keluarkan kenyataan balas. Tetapi jika dia keluar dari UMNO, saya rasa orang-orang UMNO akan buat kenduri kesyukuran,” katanya dipetik dari Free Malaysia Today (FMT). 

Tambahnya lagi, jika Tun Dr Mahathir enggan bertaubat, maka parti perlu menyingkirnya segera.

“Kalau tidak bertaubat dan enggan bersama perjuangan kerajaan, saya gesa dia keluar parti dan sertai DAP,” katanya.

Kenyataan Jamal Md Yunos itu menambahkan lagi kebencian netizen terhadap dirinya dan khusus kepada UMNO itu sendiri. Menjadikan orang ramai semakin meluat dengan muntah dengan pemimpin seperti Jamal yang dilahirkan dari parti UMNO.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.