PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEDANG viral di media sosial kini adalah rakaman video perbuatan seorang pekerja di sebuah restoran mamak menggunakan mop untuk mencuci dapur dan kuali.

Video itu dirakamkan seorang pelanggan yang menyedari tindak-tanduk pekerja restoran berkenaan memetik Astro Awani.

Restoran mamak cuci kuali guna mop

Dalam video berdurasi 35 saat yang dimuat naik ke YouTube, pekerja yang sedang leka mencuci dapur tidak menyedari perbuatannya dirakamkan.

Hampir setahun lalu pada November 2014, turut viral satu rakaman yang hampir sama dimuat naik pengguna di media sosial.

Melalui video berkenaan jelas kelihatan seorang pekerja di sebuah restoran mamak di Setiawangsa, Kuala Lumpur menggunakan mop untuk mengelap meja penyediaan makanan.

Sebahagian pelanggan yang menonton kedua-dua rakaman berkenaan memuat naik reaksi mereka melalui Twitter.

Insiden-insiden yang dirakamkan sendiri oleh pelanggan restoran mamak walau bagaimanapun tidak menghalang pelanggan lain untuk terus mengunjungi premis-premis berkenaan.


Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.