PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang pengguna Shaklee memuat naik beberapa gambar penemuan bendasing dalam produk Shaklee di laman Facebook, mengundang kemarahan orang ramai.

Tasnim Amin, menemui bendasing ‘bulu’ yang tertanam di pil Shaklee Vita-C Plus. Pada mulanya, dia menyangkakan bendasing itu adalah rambutnya sendiri, tetapi apabila diperhatikan dengan teliti, ia merupakan bulu yang ‘tertanam’ dalam pil tersebut.

Ada Bulu Pada Vita-C Shaklee

“Selalunya saya makan vitamin selepas solat subuh sebab spare air dalam bilik. Ini tadi pergi ke bawah nak ambil air dan terpandanglah tablet itu. Ingatkan bulu sendiri, tarik-tarik rupanya bulu itu tertanam dalam tablet itu,” katanya memetik The Hype Media.

Bagaimanapun, ramai pengguna Facebook yang meminta Tasnim membuang gambar-gambar itu yang dipercayai ejen-ejen jualan jenama berkenaan.

Vita-C Shaklee Berbulu Cetus Panik

“Ramai yang PM (Private Message) suruh buang gambar ini. Kenapa nak kena buang? Ini kes hygiene. Then I’m not saying yang Shaklee ini tidak bagus. Cuma bagaimana boleh lepas Vita-C Plus yang berbulu seperti ini? Macam mana boleh lepas pemeriksaan kualiti? 

“Bayangkan, sudah setengah botol ditelan. Kalau anda berada di tempat saya, sudah tentu rasa nak muntah kan?” katanya yang turut mengizinkan orang ramai berkongsikan gambar-gambar itu di laman media sosial. 

“Yang lain itu tak payah nak sentap sangatlah. Aku yang makan, kau yang panas,” katanya. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.