PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebuah video yang memaparkan seorang wanita teruk diganyang oleh 2 orang wanita lain tersebar luas di facebook. Ada dua versi cerita disebalik kejadian dan mengapa wanita ini dibelasah begitu teruk sekali.

Wanita Jual Kotex Teruk Dibelasah di Kelantan

Ikuti sedutan berita yang diterbitkan oleh Sinar Harian dan Free Malaysia Today:

Memetik laporan Sinar Harian:

SEBUAH video yang menunjukkan seorang wanita dipukul oleh dua wanita lain viral di laman Facebook hari ini.

Laman Facebook Friends of BN mendakwa, kejadian tersebut berlaku di Bachok, Kelantan.

Dalam video tersebut, seorang wanita berbaju ungu dan berseluar jeans dilihat dipukul beberapa kali di bahagian kepala dan badan.

Seorang wanita lain pula menendang kepala mangsa beberapa kali.

Terdapat beberapa saksi di dalam video tersebut yang dilihat hanya berdiri sambil merakam kejadian dan tidak berusaha untuk meleraikan pergaduhan berkenaan.

“Kes pukul perempuan sama perempuan, mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan,” tulis laman itu.

Menurut Friends of BN, kejadian tersebut dikatakan akibat berlaku salah faham yang menyebabkan mereka yang terbabit bergaduh.

Hampir 10,000 pelayar menyaksikan video tersebut menggesa PDRM segera menyiasat kejadian berkenaan.

Memetik Laporan Free Malaysia Today:

Seorang wanita dibelasah teruk kerana didakwa menipu dalam urusniaga jual beli tuala wanita di atas talian.

Berdasarkan penelitian ke atas visual dan audio, kejadian dipercayai berlaku di sebuah daerah di Kelantan.

Dalam rakaman berkenaan, mangsa telah disepak di muka dan bahagian badan oleh dua wanita.

Penjelasannya tidak diendahkan.

Bahkan dia teruk dibelasah termasuk ditarik rambut.

“Kotek tu satu kes… tp kemungkinan ada kes lain yg bersabitan,klw tidak masakan nak belasah org mcm tu. Nak jadi polis, isi brg SPA, nak tunjuk kuat, masuk pertandingan muaythai..kata John Ucing di laman Facebook.

Tonton video wanita jual kotex/tuala wanita dibelasah di Bachok Kelantan kerana menipu:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.