PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

JOHOR BAHRU – Satu pasangan dirakam melakukan adegan-adegan terlarang di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada 14 Oktober lalu menjadi viral di laman sosial.

Yong Cheing Lee, warga Singapura yang datang berkunjung ke pusat beli-belah itu merakam adegan ‘tidak sopan’ pasangan itu dan memuat naik gambar itu di laman Facebook memetik The Hype Media.

Pasangan Selamba Buat Adegan Panas Di KSL City Mall Johor Bahru

Menurut Yong, pasangan itu dilihat bercumbuan secara terbuka tanpa segan silu sungguh pun ramai pengunjung yang lain di pusat beli-belah itu memerhatikan kelakuan tidak senonoh mereka. 

Bukan itu saja, pasangan itu juga turut ‘beraksi’ di sebuah kerusi urut meskipun ada sesetengah pengunjung yang menjerit pada mereka ‘Menjijikan!’. Namun kedua-duanya tidak mengendahkan jeritan itu. 

Warga Singapura Rakam Aksi Pasangan Ini yang Selamba Buat Adegan Panas Di KSL City Mall Johor Bahru

“Mereka ni dah hilang akal ke? Kalau ye pun dah membuak sangat nafsu tu, pergilah check in di hotel terdekat. Ini kat public pun nak beraksi,” kata Amsyar.

“Mana pengawal Keselamatan KSL City Mall? Takkan tengok saja dua mangkuk ni buat maksiat? Budak-budak Control Room tak pantau ke CCTV?” soal netizen.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.