PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Khabar gembira yang bertukar menjadi sayu dan hiba dalam sekelip mata, luahan pilu seorang ayah yang redha dengan ketentuan-Nya.

Detik-detik anaknya sempat ‘menjenguk’ dunia walaupun seketika, membuatkan kami turut merasa hiba dengan dugaan yang menimpa ayahnya ini.

Takziah diucapkan kepada Mohammad Naim Bin Abdullah dan semoga adik Muhammad Adam Fawwaz Bin Mohammad Naim tenang di sana. Al-Fatihah.

Nukilan sayu ini dipetik menerusi Facebook Mohammad Naim Bin Abdullah.

Jumaat hari yang baik untuk ke ‘rumah baru Adam’

Warkah Buat Anakku , Muhammad Adam Fawwaz Bin Mohammad Naim

21.10.2015, rabu
4.00 petang,,,,dapat panggilan telefon baby adam dah nak jumpa abah,,,????

Terus abah beli tiket jam 6 ke alor star….

Jam 11.12 malam,,tangisan adam memecah kesunyian…Alhamdulillah..

12.30malam khamis
abah tiba ke shahab perdana,,..terus ke pusat rawatan tempat adam mula menjenguk dunia

22.10.2015,khamis, 1.00 pagi
Abah sampai,,,terus abah dukung,,abah peluk abah cium baby adam…
Adam tenang…mata bulat melihat tengok abah
Tenang sangat abah rasa,
Adam dah buka mata,,adam comel..
Terima kaseh adam…

Jam 2 pagi…abah serahkan semula kpd nurse…malam tu adam tido sorang2 sebab nurse nak pantau adam, abah tak dpt tido malam tu,,,rasa tak mengantuk…segar mata,,exited nk jmpa baby adam esoknye…

Jam 9.00 pagi,..
Adam tampak lemah kurang bermaya,,,..Dr beritahu kepada abah.. adam perlukan pantaun drp Dr pakar kanak…

Ambulan memecut laju di depan sementara abah rapat mengikuti di belakang…

9.30 adam dimasukkan ke NICU,,hosptal sultanah bahiyah alor star,..
Lama abah menunggu..,,
Jam 12….Dr panggil abah masuk..

Wayar di hidung adam,,ada wayar di pusat adam utk ubat,,wayar penuh di badan adam..

“Encik, saya akan berterus terang,,anak encik dalam keadaan tenat dan kritikal”

Dr cakap adam dlm keadaan tenat,,Dr caka adam tenat peluang adam hidup
50 -50
Bingung abah,..
Berpinar pandangan mata abah

Malam sebelumnya abah tgk adam sihat,,,pagi pula Dr cakap adam kritikal..tenat dan tak da harapan…terus terdiam abah…

Macammana harus abah jelaskan kepada semua…,yg sebelumnya gembira dengan kelahiran adam..

…Dr ambil no hp abh,,dan ckp depa akan call abah..

Abah senyap tak terkata,,..keseorangan memikirkan bagaimana harus abah menyampaikan berita kepada semua bahawa adam sebenarnya tenat..abah balik rumah,,,abh ckp kt depa adam dahtak larat….tu ja mampu..

5.00 khamis petang

Abah pi jumpa adam,,,abah htr pampers new born dgn wet tissue utk adam..dalam tu abah tak boleh duk lama2,,,

“Assalamualaikum..Adam,,,adam…..abah mai nie adam sayang”..

Abah tengok badan adam bergerak perlahn lahan,,jari adam bergerak2 respon salam abah walaupon Dr dah bagi ubat tido kepada adam.

Abah cuci tgn dgn ubat,,,abah usap jari adam,,bergerak2…
Lama abah tengok adam,,,

Jam 11.00 khamis malam
Di rumah….Dr telepon…Dr cakap adam mungkin hanya ada masa sampai esok sahaja..abah pon siap2…

Abah pi tengok adam,,,
Adam masa tu tak sedar apa dah,,dr masukkan ubat bagi adam mengantuk utk adam rehat,,
Mesin2 penuh,,,abah sedih tengok wayar2 di badan badan adam..
allah…….
Abah doakan utk adam dipermudahkan..

Jam 3.20 jumaat
Dr call..dr cakap adam sangat2 tenat,,,,Dr ckp boleh dtg tengok adam buat kali terakhir..

3.30 jumaat
Sedang abah siap2 utk ke sana…
Dr call

Adam pilih hari jumaat,,hari yang baik untuk ke ‘rumah baru adam’

Warkah Pilu Ayah Buat Arwah Bayinya

“Encik,,harap bersabar…anak encik dah tiada”

Abah pon senyap,,,menitik air mata….abah pon siapkan baju adam,,
Bukan baju baby,,cuma kain pelekat dua helai utk selimutkan adam..
Sebelum nie abah sangkakan kita akan jadi kawan baik,..tapi Allah pilih adam utk dapat kawan2 di alam sana…kawan2 sebaya adam juga…

Adam pilih hari jumaat,,hari yang baik untuk ke ‘rumah baru adam’

5.00 pagi jumaat
Abah pangku adam dalam kereta,,,
Sampai ke rumah abah pangku adam dlm kereta…

6.45 -11.00..
Adam smpai rumah tok wan adam,,,
Orang dtg tgk adam..

Adam siap2 mandi,,,..wangi adam,,,
Abah cium adam buat kali terakhir..wangian syurga,…
Abah solatkan adam,,abah bawak adam keluar…kita naik keta sama2..

Sampai ke rumah baru adam,,,abah letakkan adam,,mengadap kiblat.,abah sendal badan adam dengan ketulan tanah,,,abah tutup pintu rumah adm perlahan..

Adam,,,ketahuilah abah sayang sangat2
Abah sayang sangat2 kat adam… tapi allah sayangkan adam juga,,,
Dan kaseh sayang allah kepada adam kasih sayang berhikmah…
Banyak mana pon sayang abah ke adam,,allah lagi sayang kepada adam,,

Wahai anakku,
Abah sangkakan abah yang pergi dulu,
Abah sangkakan abah menutup mata dahulu
Abah sentiasa berdoa biar adam hidup walau abah galang gantinya,,..

Kini adam dah tak da…
adam bawa semangat abah ke sana…

Abah hilang kata2…
Maafkan abah sebab tak sempat menjadi ayah yang sempurna utk mu sayang..
Namun abah kena kuat..
Abah redha dan senyum walau hati hanya Allah yang tahu…
Abah adam
25 okt 2015, 1:50 tengahari
Alor setar

Warkah Pilu Ayah Buat Arwah Bayinya

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.