PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon Emma Maembong mengakui yang dia telah menampar Kamal Adli di sebuah taman rekreasi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Ya betul, memang saya ada lakukan perkara itu (menampar Kamal). Tapi saya tidak boleh jelaskan sekarang kenapa saya melakukannya,” kata Emma ringkas kepada Portal Murai.

Menerusi laporan Harian Metro semalam, Emma dikatakan telah menampar Kamal ketika mereka sedang bersiar-siar di sebuah taman rekreasi.

Kamal Adli Tergamam Ditampar Emma Maembong

Menurut laporan tersebut, kakak kepada Chacha Maembong itu dikatakan cukup bengang dengan gelagat Kamal yang dikatakan telah melihat serta memerhatikan kelibat seorang gadis yang secara kebetulan berada di lokasi yang sama.

Emma secara tiba-tiba terus memarahi Kamal lantas menampar jejaka tersebut. Kejadian tersebut telah disaksikan ramai orang dan mereka yang ada di situ terkejut apabila melihat insiden itu.

Kamal pula dilaporkan tergamam serta kaku secara tiba-tiba dengan tindakan spontan yang dilakukan Emma Maembong.

Sementara itu, Kamal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.