PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Nama Badrul Hisyam Abdul Manap melonjak naik selepas berjaya meleburkan rekod Watson Nyambek, di Kejohanan Sukan ASEAN di Brunei dan seterusnya menyumbang pingat emas kepada negara dalam acara 100 meter.

Badrul terus melakar sejarah tersendirinya dengan bergaya selepas memenangi emas dalam acara 200 meter pada Selasa dan dalam acara 4×100 meter bersama rakan sepasukannya pada Rabu.

Pencapaiannya di Brunei, sekali gus mengatasi rekodnya sendiri yang dilakukannya dalam kejohanan yang sama di Filipina tahun lepas.

Astro AWANI sempat mengadakan temu bual bersama bakat besar ini pada Rabu.

10 fakta tentang Badrul Hisyam, pelari pecut muda

Berikut adalah 10 perkara anda yang perlu tahu mengenai pelari pecut muda, iaitu Badrul Hisyam Abdul Manap:

1. Atlet muda yang masih berusia 18 tahun ini berasal dan membesar di Melaka.

2. Badrul mula menceburi dan menyertai kejohanan olahraga sejak dari Darjah Lima.

3. Selepas bersekolah rendah di SK Batu Gajah Merlimau Melaka, Badrul meneruskan pendidikannya di Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota di Melaka.

NAMA Badrul Hisyam Abdul Manap melonjak naik selepas berjaya meleburkan rekod Watson Nyambek, di Kejohanan Sukan ASEAN 

Badrul Hisyam Abdul Manap ketika di Kejohanan Sukan ASEAN di Brunei.
Kejayaan Badrul Hisyam titik kebangkitan olahraga negara

Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Zainal Abbas

4. Ketika tingkatan empat, beliau mengikuti jurulatihnya ke Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail di Johor.

5. Badrul tidak mempunyai diet pengurusan pemakanan kecuali jika beliau mempunyai kejohanan yang terdekat. Katanya, “Jurulatih akan menentukan pengurusan pemakanan saya. Kalau dia tidak beri makan nasi, dia hanya akan beri makan roti.”

6. Selain olahraga, Badrul juga meminati pelbagai aktiviti sukan termasuk futsal dan badminton.

7. Jika melakukan latihan, Badrul akan melakukan latihan selama satu jam pada sebelah pagi, dan dua jam 30 minit pada sebelah petang.

8. Legenda pecut dunia, Usain Bolt merupakan idola Badrul.


9. Badrul merupakan satu-satunya pelari dalam ahli keluarganya.

10. Anak muda ini sememangnya tidak pernah mengecewakan. Sepanjang penglibatannya dalam kejohanan kebangsaan dan antarabangsa tahun ini, Badrul telah berjaya merangkul lebih 10 pingat emas.

“Badrul mampu muncul raja pecut dunia!” – Bekas Pelari Pecut Negara, Watson Nyambek

Selepas kejohanan di Brunei, Badrul dijadual menyertai Kejohanan Dalam Dewan Asia di Doha, Qatar pada Februari tahun depan.

Tumpuannya juga kini terarah kepada Temasya Olimpik Rio 2016, namun jelasnya, bagi membuka peluang untuk beliau bersaing di pentas dunia, catatan masa 10.29 saat perlu diperbaiki.

“Terima kasih kepada cikgu yang mula-mula membawa saya dalam menceburi sukan olahraga iaitu Cikgu Aziah Kassim dan terima kasih kepada jurulatih Poad Kassim yang telah melatih saya selama lebih tujuh tahun sehingga kini,” kata Badrul mengakhiri temu bual.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.