PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Korang masih ingat kisah anak gadis yang pandai repair sofa beberapa bulan lalu? Nah, ni lagi hebat bila dua anak gadis ini dah cekap buat kerja-kerja kontraktor yang seringkali dimonopoli kaum lelaki.

Seperti yang diceritakan oleh Azimart Burger Perang, dua gadis ini pada mulanya menolong bapanya namun kemudian jatuh minat terhadap pekerjaan yang dilakukan mereka.

Bapa dia orang paksa ke?

2 Gadis Kontraktor yang Bakal Membuka Mata Anda Semua

Seusai solah jumaat tadi..saya bergerak ke kedai makan untuk mengisi perut yang kosong seperti kelazimannya.Saya singgah sebentar dikedai kawan saya melihat pengubahsuaian yang ia lakukan.Pada permulaannya seperti biasa dari jauh melihat pekerja yang membuat pengubahsuaian tersebut..Mata saya tertangkap pada susuk tubuh wanita yang sedang mengangkut mozek untuk dibasuh,dan seorang lagi sedang membancuh simen untuk memasang mozek yang telah siap dibasuh tadi..
Uih..biar betul perempuan yang buat mozek?anak dara lagi tu..ishhh..

Bapa dia orang paksa ke?Hati berbelah bagi untuk pergi bertanya..bila terfikir dari timbul benda tak betul baik saya pergi bertanya sendiri.. Salam diberi dan sambut dengan baik.Rajinya adik buat kerja nih..baguih lah tolong ayah..Ayah mana?mereka serentak menunjuk ayah mereka..

Dari dulu lagi suka tolong saya…

2 Muslimah Kontraktor Ini Ikhlas Tolong Bapa Kerja

“Anak abg rajinnuh..payah nak jumpa budak pompuan buat kerja nih bancuh simen,pasang mozek semua nih?”

Depa memang..dari dulu lagi suka tolong saya.suruh duduk rumah depa nak ikut jugak..yang sulong tu bukan belajar tak pandai.Dapat pergi belajar tapi tak mahu sebab nak belajar benda ini,niat dia nak ambil lesen kontraktor..

Baguslah macam tu..niat dah elok lepas nih boleh pergi kursus untuk ambil lesen kerja kontraktor ,

Yang itulah dia punya cita cita.Kakak yang sulong tu alhamdulilah..setakat bina dinding(naik bata) pasang mozek,plaster dinding memang depa cukup cekap lah..kadang kadang saya ‘lepaskan” terus kerja tersebut dekat mereka buat.

Wah!! dah cekap dah mereka berdua yer..macam macam boleh buat,untunglah abg walaupun anak perempuan dia boleh buat kerja macam lelaki.Susah nak jumpa perempuan tambahan anak dara pulak yang nak buat kerja macam nih..

Syukurlah mereka suka buat untuk cari pengalaman bagi bina kerjaya masa depan.Harap mereka menjadi kontraktor muslimah yang berjaya suatu hari nanti..insyallah

2 Muslimah Kontraktor Ini Ikhlas Tolong Bapa Kerja

Tidak memberi alasan, malah berbangga

Mungkin kita yang banyak memberi alasan akan terfikir bagaimana dengan kehidupan yang adik ini lalui..ia mencari sendiri untuk memajukan diri tanpa rasa malu ataupun segan walaupun selayaknya kerja ini adalah untuk kaum lelaki..

Ia tidak memberi alasan malahan berbangga dengan apa yang ia buat disamping dapat membantu ayahnya

Mencari rezeki untuk keluarganya..

2 Muslimah Kontraktor Ini Ikhlas Tolong Bapa Kerja

?#?pesananuntukdirisendiri?
?#?kontraktormuslimah?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.