PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Dua lelaki yang baharu saja melakukan samun menemui ajal selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuning, Taman Pelangi di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata dua suspek yang bersenjatakan parang itu dipercayai menyamun seorang lelaki di Jalan Abiad, Taman Pelangi di sini memetik Berita Harian.

2 Penyamun maut dalam kemalangan selepas menyamun
KEADAAN kereta Toyota Vios selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik TNB di Jalan Kuning, Taman Pelangi, malam tadi. 

Katanya, kedua-duanya kemudian melarikan diri dengan menaiki Toyota Vios dan kemudian memecut selepas menyedari dikejar mangsa.

“Namun kereta yang dinaiki kedua-dua suspek terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik TNB,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.