PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Masa mula-mula beli handphone, hampir 60% yang beli handphone akan bertanya, berapa lama nak caj handphone baru? Ada yang kat kena caj handphone baru 8 jam. Ada yang kata tak perlu 8 jam, cukup sekadar dah penuh.

Kini selepas setahun atau dua tahun guna handphone, masalah bateri ‘kong’ atau bateri cepat habis sangat biasa dengar, memang tiada solusi lain kerana masing-masing menggunakan handphone untuk online 24 jam.

Tetapi masalah timbul apabila charger handphone rosak. Sekarang kalau beli handphone baru, charger datang berasingan dengan USB cable. Bukan macam dahulu yang bersambung. Kalau charger rosak, yang rosak pasti wayar USB di bahagian kepala yang nak dimasuk ke handphone ataupun wayar putus.

Kenapa caj bateri telefon lambat penuh?

Dua perkara yang anda perlu tahu apabila handphone anda mengalami masalah lambat masuk caj dan lambat penuh adalah kerana saiz kapasiti output charger anda dan juga wayar USB yang anda gunakan.

Bateri Telefon Lambat Penuh Bila Dicas? Baca Ini.

1. Kapasiti Output charger

Pernah ambil tahu mengenai kapasiti output charger yang anda guna sekarang ni? Kelajuan pengecasan sesebuah handphone salah satunya bergantung pada kapasiti output charger
Ada yang diberi charger dengan output 800mAh, 850mAh, 1000mAh, 1200mAh, 1350mAh, sehingga 2100mAh.

Lagi besar saiz kapasiti output charger anda lagi cepat kelajuan untuk caj handphone anda sehingga penuh.

Sebagai info tambahan, kapasiti output charger adalah kadar aliran elektrik yang dikeluarkan dalam unit mAH (mili Ampere Hour). Contohnya, jika ditulis di situ 2100mAH, bermakna kapasiti maksima tenaga elektrik yang dikeluarkan adalah 2100 mili Ampere dalam masa sejam.

Jadi, jika bateri telefon anda berkapasiti 2100mAH, anda akan dapat mengecas telefon anda dalam masa sejam dengan charger ini tanpa mengira kehilangan tenaga ketika pengaliran. 

Maka, bila kapasiti output charger rendah, handphone akan caj agak lambat. Jadi memang lambat la penuh!

Tapi kalau kapasiti charger anda dah 2100mAh tapi masih lambat, mungkin ada masalah di wayar USB.

Sekiranya kepala charger rosak, agak sukar nak dapatkan kepala charger 2000mAh keatas di kedai biasa. Melainkan beli yang original di kedai handphone atau gadget. Harga dalam RM40.

2. Panjang dan tebal Wayar USB

Ramai yang tak tahu, kepanjangan dan ketebalan wayar USB memainkan peranan penting juga untuk pastikan handphone di caj penuh dengan cepat.

Walaupun kapasiti output charger anda tinggi, tetapi kelajuan charge tetap rendah, ini kerana wayar USB yang anda gunakan adalah jenis panjang dan kurang tebal.

Kalau kita lihat wayar USB original yang kita dapat dari pembelian handphone, bahan penebat wayar tersebut lebih tebal dan tidak terlalu panjang.

Kalau di beli di kedai atau pasar malam, pelbagai jenis wayar yang dijual, siap berwarna warni dan berlampu lagi. Tetapi apabila digunakan, pasti apabila caj handphone lambat penuh.

Jadi, lebih baik beli wayar USB yang tebal kerana wayar yang lebih tebal akan mengalirkan elektrik yang lebih banyak.

Jadi sebelum nak beli charger dan wayar USB, perlu ambil kira saiz kapasiti charger dan juga ketebalan wayar USB. Supaya tiada masalah apabila caj bateri handphone lambat penuh.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.