PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pemegang kad perlindungan kesihatan yang tidak peka, mungkin terpaksa mengeluarkan belanja daripada poket sendiri untuk mendapatkan rawatan di hospital.

3 fakta penting setiap pemegang kad klinik panel di Malaysia perlu tahu

Ini adalah kerana individu itu tidak memahami secara terperinci dasar atau polisi perlindungan kesihatan mereka.

Situasi sebegini menyebabkan syarikat perlindungan kesihatan sering kali dipersalahkan, namun pada hakikatnya, mungkin pengguna sendiri yang terlepas pandang semua butiran yang termaktub dalam polisi perlindungan itu.

Pemegang kad klinik panel di Malaysia wajib baca
Kebanyakkan pengguna kad klinik panel tidak sedar hak-hak mereka.

Sebagai seorang pemegang perlindungan kesihatan atau kad panel klinik, terdapat beberapa amalan terbaik atau ‘best practice’ yang perlu dipraktikkan kerana kad yang mempunyai ‘employee benefits’ berperanan lebih daripada hanya menyediakan kemudahan rawatan bebas tunai.

Jikalau seseorang itu tidak memahami dan memantau penggunaan kad medikalnya secara betul, kemungkinan besar kad individu tersebut akan disalahgunakan.

Kesedaran tentang kegunaan kad klinik panel dapat memastikan hak seseorang itu sebagai pemegang kad dijamin.

Apa fungsi utama kad klinik panel?

Berikut adalah 3 perkara yang anda mesti tahu sebagai pemegang kad klinik panel memetik Astro Awani.

1. Mesti tahu isi kandung kontrak-polisi anda

(a) semak dan fahami butiran maklumat yang terkandung dalam skim perlindungan kesihatan yang dilindungi syarikat/insuran;

(b) semak dan fahami kadar perlindungan tuntutan dan pampasan.

Apa yang perlu anda semak dalam polisi-kontrak anda?

2. Perlu arif dengan caj rawatan yang dikenakan

(a) pastikan anda mendapat semua resit transaksi;

(b) untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dengan ‘caj tersembunyi’.

Pentingnya menyimpan resit setiap kali mendapatkan rawatan

3. Mesti tahu proses tuntutan

Ramai pengguna tidak faham proses, sehingga kadang-kala terpaksa keluarkan wang sendiri.

Ketua Pengarah Eksekutif MCO Care Sdn Bhd, Dr Radzi Aziz menegaskan supaya membuat perbandingan secara teliti dan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan untuk memastikan pemahaman insurans kesihatan ditingkatkan sekaligus mengelakkan sebarang ketidakfahaman dan sengketa antara individu dan syarikat insurans.

Jika berdepan masalah, pihak mana yang sepatutnya dirujuk?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.