PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Empat anggota polis dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menculik ahli perniagaan, Datuk K Gopala Guru pada 2013 yang masih belum ditemui sehingga kini.

Inspektor Mohd Khairul Hafiz Yaacob, 35, serta tiga anggota polis lain dikenali sebagai Khairon Zaidee Basiron, 33; Azlan Abdul Kadir, 35 dan Amran Md Sali, 39, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan memetik Harian Metro.

4 Anggota polis dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menculik ahli perniagaan

Keempat-empat mereka didakwa melarikan dengan paksa mangsa yang berusia 48 tahun dengan niat mahu menyebabkan orang itu dikurung dengan secara sulit dan salah.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Maharajalela, Off Jalan Loke Yew, antara 7 hingga 7.30 malam pada 2 Februari 2013.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.