PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kementerian Kerja Raya mengesahkan empat kenderaan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Karak dekat Lentang- Bukit Tinggi malam tadi, namun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya ada menerima laporan awal mengenai kejadian itu dan kenderaan berkenaan sudah dialihkan pihak berkuasa memetik Harian Metro.

Kenderaan terperangkap dalam tanah runtuh di Lebuhraya Karak

Suasana tempat kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Karak malam tadi.

Katanya, jalan ditutup sepenuhnya akibat kesan runtuhan besar

“Semua pengguna dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif seperti diarahkan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media ketika Majlis Malam Media KKR, di sini, sebentar tadi.

Fadillah berkata, pihaknya akan menghantar pasukan forensik untuk menilai tahap kerosakan laluan berkenaan.

“Pergerakan tanah dilaporkan masih berlaku dan pakar berkaitan akan melakukan siasatan segera.

“Kami mahu memastikan tiada lagi pergerakan dan keadaan cerun stabil, supaya pengguna dapat melaluinya dengan selamat,” katanya.

Menurut Fadillah, kerja pembersihan akan dilakukan segera dan dijangka dapat diselesaikan pagi esok.

“Pengguna akan dimaklumkan mengenai perkara ini dari semasa ke semasa.

“Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah laluan ini selamat untuk dibuka semula kepada orang ramai,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.