PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Batu dan Dewan Orang Ramai Kampung Nelayan Sungai Batu Pantai Tin.

“Sebanyak 64 mangsa telah dibenarkan pulang sejak semalam selepas kawasan perumahan mereka selamat diduduki,” katanya ketika dihubungi hari ini memetik Bernama.

Mangsa banjir Ipoh masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir

Beliau berkata mangsa yang berada di pusat pemindahan tersebut adalah dari Kampung Parit Merican (enam orang), Kampung Tebuk Yan (32) dan 16 orang dari Kampung Sungai Batu Pantai Remis.

Dalam kejadian Rabu lepas, sebanyak 118 mangsa banjir telah dipindahkan akibat hujan lebat selama tiga jam menyebabkan air sungai berhampiran melimpah ke kampung terbabit selain kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.