PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sembilan individu termasuk mereka yang membawa kanak-kanak ke Perhimpunan Baju Merah, 16 September lalu, dikehendaki hadir ke IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, sembilan individu itu akan diambil keterangan mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Akta Hasutan memetik Harian Metro.

9 Individu bawa budak ke Perhimpunan Baju Merah disiasat

“Hasil rakaman video yang diambil pada hari perhimpunan itu, kami dapat mengesan beberapa orang didapati melanggar syarat perhimpunan dengan membawa kanak-kanak.

“Ada juga peserta perhimpunan yang berucap dan mengeluarkan kata berbaur hasutan,” katanya.

Sementara itu, penganjur perhimpunan memberi jaminan tidak akan lepas tangan dan bersedia membantu mereka terbabit.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos, ketika dihubungi, berkata demikian ketika diminta mengulas permitaan polis terhadap sembilan individu itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.