PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jika sebelum ini kebanyakan jenaka berkaitan Abam Bocey pastinya berkaitan dengan fizikalnya, nampaknya perkara tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadapnya pula di saat ini.

“Bila peminat menggunakan fizikal saya sebagai bahan jenaka, sudah pasti saya sedikit kecil hati. Apabila meminta bergambar bersama, mereka mengatakan kamera terlalu kecil sehingga tidak muat bagi saya yang bersaiz besar” memetik Rotikaya.

Luahan Abam Bocey Bila Peminat Sindir Dirinya Gemuk

“Walaupun kerjaya sebagai pelawak dan biasa dengan gurauan, tetapi saya masih ada hati dan perasaan,” jelas Abam Bocey kepada portal Media Hiburan. Bagaimanapun, Abam tidak pernah merasa malu dengan fizikalnya kerana beranggapan tubuh badannya yang besar itu telah membantu memberi rezeki.

Mungkin juga ini merupakan masa yang sesuai untuk Abam memberi inspirasi untuk orang ramai jika dia mampu untuk berubah. Tidak ada sesuatu yang lucu pun dalam memperlekehkan fizikal orang lain kerana yang tanggung adalah hati tuan badan sendiri. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.