PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan kononnya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan dikenakan tindakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti, Selasa ini.

Tengku Adnan berkata, siasatan terhadap kedua-dua pemimpin itu oleh Lembaga Disiplin parti masih berjalan dan UMNO tidak akan mengenakan tindakan termasuk memecat atau menggantung ahlinya sesuka hati memetik Berita Harian.

Tengku Adnan nafi dakwaan Muhyiddin dan Shafie Apdal bakal dipecat

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini diawalkan kepada Selasa kerana masa yang semakin suntuk sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2015 bulan depan dan diadakan di Parlimen bagi memudahkan ahli MT yang kebanyakannya ahli Parlimen.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Berkhatan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan 2015 di sini, pagi ini.

Sebelum ini, timbul desas desus mengatakan Muhyiddin dan Shafie akan dikenakan tindakan termasuk dipecat atau digantung daripada parti itu pada mesyuarat MT UMNO Selasa ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.