PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kadar tol di lapan lebuh raya akan dinaikkan pada tahun hadapan kerana pampasan yang disediakan kerajaan tidak mencukupi.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, walaupun kerajaan telah menyediakan RM593.3 juta dalam Bajet 2016 untuk pampasan tol namun jumlah itu hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja memetik Free Malaysia Today.

Ahli Parlimen dedah tol di 8 lebuhraya bakal naik tahun depan

“Peruntukan ini hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja untuk melambatkan kenaikan tol dan selepas duit tersebut habis, maka kadar tol tetap akan dibenarkan naik.,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, peruntukan kerajaan sebanyak RM593.3 juta untuk pampasan tol tersebut adalah hasil daripada pemotongan bajet dari tempat lain.

“Yang paling besar pemotongan adalah pemotongan bajet untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah, Sarawak dan Labuan. serta penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Tze Tzin berkata, Penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Sabah, Sarawak dan Labuan hanya menerima peruntukan RM100 juta pada 2016 berbanding RM160 juta (2015) dan RM429 juta pada 2014.

Bagi Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia pula, kerajaan hanya memperuntukkan RM440 juta untuk 2016 berbanding RM450 juta (2015) dan RM640 juta pada 2014.

“Memotong peruntukan penyelenggaraan jalan persekutuan untuk membayar pampasan tol adalah dasar yang songsang dan meletakkan pengguna jalan raya dalam keadaan bahaya,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.