PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

APABILA National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa kononnya ada seorang menteri salah guna duit sebuah yayasan berjumlah hampir RM411,000, mereka senyap sunyi pula dengan pemimpin PKR sendiri.

Badan propembangkang itu langsung tidak mengadakan sidang akhbar bagi mendedahkan bagaimana Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membelanjakan RM9.7 juta untuk kerja mencantikkan sebuah pintu gerbang.

Bayangkanlah duit sebesar itu jauh lebih besar daripada jumlah kononnya seorang menteri BN menghabiskan duit anak yatim milik Yapeim, tetapi kenapa NOW tidak berani cakap benda sama untuk Timbalan Presiden PKR itu memetik Mynewshub.

Azmin habiskan RM9.7 Juta untuk pintu gerbang, Ahli PKR kecewa
Ahli PKR kecewa Azmin belanja RM9.7 Juta cantik pintu gerbang

Sebaliknya perkara ini dibongkar sendiri oleh seorang ahli PKR yang kecewa dengan parti itu dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap corak pentadbiran Mohamed Azmin menerusi satu kenyataan media pada Jumaat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard merupakan aktivis prolifik pembangkang dengan menjadi ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan pro-PKR dalam isu kemasyarakatan tempatan.

Ahli PKR kecewa Azmin belanja RM9.7 Juta cantik pintu gerbang

Badrul Hisham Shaharin yang merupakan bekas Ketua Cabang PKR Rembau berkata peruntukan itu adalah jelas suatu pembaziran kerana sejumlah wang yang besar dilaburkan hanya untuk menaik taraf pintu gerbang sahaja.

“Saya tidak mahu cakap pasal proses penganugerahan tender kepada syarikat yang guna istilah Arab itu atau sumber bajet, tetapi saya cuma fokus kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang?” soalnya.

Tindakan tersebut bercanggah dengan perbuatan PKR selama ini hanya mendedahkan pembaziran dan ketirisan wang rakyat oleh BN, namun pendedahan RM9.7 juta diperuntukkan untuk pintu gerbang itu amat mengejutkan.

Ahli PKR kecewa Azmin belanja RM9.7 Juta cantik pintu gerbang

“Saya berdoa agar berita RM9.7 juta tersebut tidak benar dan rekaan semata-mata, sebab bukan sahaja penyokong biasa PKR berasa kecewa, malah saya sebagai ahli seumur hidup PKR juga lagi amat kecewa,” kata Badrul Hisham.

Memetik portal berita AgendaDaily, Menteri Besar Selangor itu sebelum ini berkata, pembinaan pintu gerbang tersebut bakal diteruskan dengan kelulusan bajet Kerajaan Negeri agar kawasan ‘Little India’ Klang itu popular.

Namun, RM9.7 juta yang diperuntukkan hanya untuk membina pintu gerbang di Jalan Tengku Kelana itu adalah suatu jumlah yang langsung tidak masuk akal dan mungkin adanya penyelewengan dalam pembinaan tersebut.

Lucunya, setakat ini suara NOW yang konon begitu lantang bercakap mengenai penyelewengan tiba-tiba kali ini ‘bisu’ entah ke mana seolah-olah nilai RM9.7 juta itu lebih kecil daripada duit Yapeim konon hilang RM411,000.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.