PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ahmad Maslan kongsi 5 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang diri beliau.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan akui berada dalam kumpulan ‘Kami anti Ahmad Maslan‘ di WhatsApp dan tidak akan keluar dari kumpulan itu.

Ahmad Maslan yang ditemui sebelum program Analisis AWANI pada Rabu menjelaskan bahawa kumpulan sebegitu membenarkan beliau untuk mendapat maklum balas dari pihak akar umbi memetik Astro Awani.

5 perkara tentang Ahmad Maslan yang anda mungkin tidak tahu

“Saya mempunyai cabaran iaitu 350 WhatsApp group yang sentiasa memenuhi telefon bimbit saya.

“Bermacam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan ‘Kami Anti Ahmad Maslan‘. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.

“Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya,” kongsi Ahmad Maslan kepada Astro AWANI dalam satu temuramah khas untuk kenali sisi peribadi beliau.

Selain itu, sebagai seorang ahli politik beliau tidak mempunyai banyak masa lapang bersama keluarga dan harus ‘curi-curi masa’ untuk minum petang atau makan malam bersama mereka.

Tambahnya, sejak dikenali ramai berikutan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ramai yang ingin rakam selfie bersama beliau ketika di tempat awam.

“Kalau saya ada di IOI Mall atau Alamanda, ramai yang menyapa dan ambil gambar dengan saya. Saya menghargai semua itu,” katanya.

Ikuti temubual penuh bersama Ahmad Maslan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.