PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Hujan lebat kira-kira dua jam mulai 3 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air sehingga menjejaskan pergerakan lalu lintas.

Antara kawasan yang terjejas ialah di jalan sekitar Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Stesen Komuter Batu Tiga, Taman Subang Intan, Seksyen 9, Seksyen 7, Seksyen 2, Plaza Tol Sungai Rasau serta Padang Jawa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, banjir sedalam kira-kira 0.3 hingga 0.6 meter direkodkan di kawasan terbabit memetik Harian Metro.

Hujan lebat selama 2 jam sebabkan banjir
HUJAN lebat mengakibat banjir kilat di kawasan letak kenderaan awam di Seksyen 13, Shah Alam. 

Bagaimanapun katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan di kawasan berkenaan.

Sementara itu sehingga 6 petang tadi 68 orang daripada 17 keluarga dari Kampung Bukit Kerayong, Jeram dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Kerayong.

Manakala 17 keluarga membabitkan 59 orang dari Kampung Sri Sentosa Bestari Jaya turut dipindahkan ke pusat pemindahan di surau Ladang Tuan Mee.

Dalam pada itu 13 keluarga dengan jumlah mangsa 49 orang dari Kampung Parit Mahang Kuala Selangor turut dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.