PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Facebook menutup laman milik penulis blog Alvin Tan, sehari selepas dia didakwa menghina umat Islam dengan menunjukkan satu siri gambar di mana dia menggunakan helaian daripada Al-Quran sebagai kertas tandas.

Tan, 26, yang ketika ini sedang menuntut suaka di Amerika Syarikat, mengesahkan perkara ini pada bahagian profil beliau di laman media sosial itu memetik The Malaysian Insider.

Page Alvin Tan Digam Selamanya Oleh Facebook
Facebook membuang laman milik penulis blog Alvin Tan, sehari selepas dia didakwa menghina umat Islam dengan menunjukkan satu siri gambar di mana dia menggunakan helaian daripada Al-Quran sebagai kertas tandas.

“My VERIFIED BADGE Facebook Page has been permanently banned (Laman Facebook VERIFIED BADGE saya diharamkan untuk selamanya),” katanya melepaskan geram kepada mereka yang melaporkan lamannya kepada Facebook.

Warga Malaysia yang sering mencipta kontroversi itu dikecam hebat selepas memuat naik gambar dia sedang membuang air besar sambil kelihatan seperti membaca Al-Quran dan menggunakan helaian kertasnya sebagai kertas tandas.

Postingnya itu membangkitkan kemarahan orang ramai, baik di kalangan umat Islam mahu pun bukan Islam, yang sakit hati dengan perbuatan melampau Tan menghina Islam dan memberi amaran akan mengadukan perbuatannya kepada Facebook.

Bernama melaporkan, 5 laporan polis dibuat terhadap Tan di Johor selepas posting terbarunya itu.

Turut dilaporkan, polis menerima aduan daripada orang ramai yang tidak puas hati dengan tindakan provokatif Tan yang tersebar di media sosial itu.

Posting lainnya sebelum ini juga sering membuatkan rakyat Malaysia marah, termasuk membuat video di mana dia menggunakan kalimah azan sebagai lirik lagunya.

Tan mula menjadi terkenal selepas dia dan bekas teman wanitanya Vivian Lee, 25, memuat naik gambar mereka di Facebook yang dianggap menghina Islam pada 2013.

Pasangan itu menghadapi tuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan serta Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi atas talian.

Disember lalu, Jabatan Imigresen membatalkan pasport Malaysia, dengan Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim mengatakan tidak boleh lagi “bertolak ansur” dengan orang seperti itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.