PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tersebarnya gambar yang dikatakan pasangan ini berpegangan tangan di internet membuatkan ramai tertanya-tanya apakah status hubungan sebenar di antara pelakon Zul Ariffin dan juga Zahirah MacWilson.

“Apa sahaja boleh berlaku. Tanyalah kepada Zul untuk mengetahui lebih lanjut. Asyik saya sahaja yang ditanya tentang isu ini. Saya memang tidak akan komen perihal peribadi. Kalau boleh tidak mahu kongsi apa-apa cerita tentang cinta” memetik Rotikaya.

(Terkini: Zul Ariffin Akhirnya Buka Mulut Isu Berpegangan Tangan Dengan Zahirah MacWilson)

Komen Zahirah MacWilson Gambar Berpegangan Tangan Dengan Zul Ariffin Tersebar

“Apabila cerita ini keluar, saya anggap biasa sahaja. Ia perkara kecil dan saya perlu menghadapinya. Apa lagi boleh saya buat?” jelas Zahirah kepada portal Mangga Online. Sebelum ini Zahirah pernah menyatakan bahawa dia dan juga Zul hanyalah kawan rapat.

Selain itu Zahirah juga pernah menjelaskan bahawa dia juga selesa bersama dengan Zul, bagaimanapun masih menyatakan mereka hanyalah kawan.

Pastinya ramai peminat tertanya-tanya apakah jawapan daripada Zul Ariffin nanti lebih-lebih lagi ada yang turut bersimpati dengan kekasih Zul, Gayatri Su-Lin Pillai jika benar Zahirah MacWilson dan juga Zul menjalin cinta.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.