PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pengalaman ketika menggunakan Lebuhraya Pantai Timur memang buat jantung bagaikan nak tercabut. Tambahan pula, orang sekeliling kita sering menceritakan pengalaman ngeri yang mereka pernah dengar mengenai laluan LPT tersebut.

Pengguna LPT Dedah Kisah Seram yang Terjadi Pada Dirinya

Kita ikuti kisah pemuda ini:

“tepat jam 12 mlm aku bertolak dr rumah menuju ke INTAN caw. kuala terengganu…hatiku berkobar2, begitu teruja dgn temuduga ke-2 yg bakal aku hadiri. Bukan mudah…entah keberapa kali aku menghadiri temuduga bertulis (1st stage) baru kali ni aku dipanggil utk keperingkat 2 bagi temuduga jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD)…

sedari petang aku mengemas…segala kelengkapan dan persalinan aku simpan dan teliti berkali2…aku tak nak sebarang kekurangan mencacatkan penumpuan aku disana. selepas isyak aku cuba utk melelapkan mata sebentar…nanti taklah mengantuk sgt waktu memandu…pikirku…namun mata amat sukar utk tertutup…

lebuhraya karak amat lengang pg tu…tdk seperti musim perayaan…penuh sesak dgn kereta yg beratur bermula dr susur masuk tol gombak lg…aku suka suasana begini…tenang…pemanduanpun akan menjadi lancar…

memang menjadi tabiat aku utk memandu waktu mlm, terutama jk perjalanan jauh…sejuk…jd tak la berlengas, pemanduanpun jd selesa…lg pun penghawa dingin kereta kancil abah kebiasaannya waktu tgh hari langsung tak terasa…macam kipas…yg keluar hanya udara panas…

pemanduan aku malam tu sama seperti mlm2 lain yg pernah aku lalui…sunyi dan gelap…hanya bunyi suara radio yg kedengaran, menemani perjalanan aku…dj isma halil hamzah sedang keudara…siaran tak begitu terang…sekejap2 putus…entah slot apa yg sdang keudara, aku kurang pasti…tp ade satu panggilan ke konti menarik perhatian aku…aku kuatkan vol. radio…

”hello abg isma…” suara pemanggil tersebut…
”ye…hello…sape disana??”

senyap seketika…

”ni zura ni…dr bote…zura ade cerita yg nak dikongsi dgn pendengar semua…zura alami waktu zura duduk di johor dulu…”

kembali senyap…

”hello…zura…teruskan..” dj isma mencelah setelah senyap seketika…

”emmm…waktu tu zura baru balik dr kilang, baru dua hari tukar shif. patutnya zura balik kul 6 tp kene wat o.t sampai 7 setengah…”

aku menguatkan lg vol. radio…memandangkan siran kurang jelas dan bunyi angin yg kuat diluar mengganggu pendengaran…

”dulu zura takde transport…bas kilang zura tak naik…sebab drebar tak nak masuk kedalam…jalan kerumah zura sempit, jalan tanah merah, jd zura biasa guna teksi sapu la…”

”mlm2 ade lg ke teksi sapu???” dj isma mencelah…

”tulah masalahnya…tp zura tunggu jugak dekat pondok bas dekat selekoh tak jauh dr kilang zura kerja…yg tak bestnya kawasan belakang tu lombong tinggal…memang leh nampak dr pondok bus tu…”

”pas tu apa yg berlaku??” dj isma mencelah, suara garau dia kedengaran jelas teruja…lagu latar radio semacam bunyi lagu tema twilight zone…

”abg isma tahu tak?? zura nampak hantu merangkak keluar dr lombong tuuuu…dia merangkak macam askar yg tengah merangkak waktu perang tu…cuma dia takde kaki, takat pinggang je…”

ah!! celaka…aku cepat2 mematikan siaran radio…aku memang kurang gemar mendengar cerita2 hantu…bukan sebab takut…sumpah aku tak takut…bg aku hantu2 ni sume karut, bende2 mcm nilah yg akn menyebabkan bangsa kita terpinggir, ketinggalan jauh…kan ke kita dizaman moden, kenapa harus percaya dgn bende2 karut tu…

aku menumpukan kembali perhatian di jalan…dah lebih sejam aku tinggalkan tol karak…aku toleh kiri dan kanan jalan…sunyi…pokok2 semua kelihatan sama…hitam pekat…sebiji lampu pun tak kelihatan…baru aku perasan yg aku keseorangan malam tu…debaran mula terasa, penghawa dingin, sejuknya lain benar malam tu, walaupun kelajuannya dah aku kurangkan ketahap paling minima…aku mula membaca ayat2 suci al-quran, surah2 pendek yg masih bersisa dalam kotak pikiran aku terjah keluar…mula2 perlahan..lama kelamaan aku kuatkan bacaan…

eh!! apa tu…hati aku terdetik….serta merta terdiam…gumam…lutut tiba2 menggigil…

dr jauh aku nampak samar2 sebiji motor…tak berlampu…yg menarik perhatian aku anggota bahagian atas bahunya…TAKDE!!!, yg ade cuma kain putih ‘melambai2’ dileher…tayar motor seolah2 tiada…semacam di awangan…

serta merta cerita kak zaini dr hr department petang semalam terpampang dpn mata…

”ko elok2 sikit lalu lpt tu…jalan tu keras…banyak dah akak dengar cerita org jumpa hantu takde kepala…kadang2 pandu kereta, yg bawak moto pun ade…”

nyesal aku bertanya jalan ke INTAN kat dia…lain pulak yg di cerita…

aku beristigfar panjang, cuba mengumpul seluruh kekuatan yg ade…jantung sedari awal berdegup kencang, seolah2 sedang berlari marathon, peluh mula merembes…mesti potong ‘dia’…tekad aku dalam hati…kalau tak, nanti dibuatnya ‘dia’ melintang tengah jln buat ‘road block’ mampus aku…harap2 dia tak ketuk cermin tingkap nanti…tak sanggup aku nak toleh…tp kalau dia bg salam nak jawab ke???…otak mula membayangkan bermacam kemungkinan…

penghawa dingin aku tutup…org kata kalau nak laju tutup ‘air cond’ sebab bebanan terhadap enjin akan kurang…waktu ni jgnkan tutup ‘air cond’, kalau disuruh bukak pintu kuis pakai kaki pun aku sanggup…asalkan kereta boleh memecut laju…

pedal minyak aku henjut kejap2…rapat kelantai…mengaum enjin kancil abah (mampus kalau org tua tu tahu…) meter rpm menginjak ke 40 baru aku tukar ‘gear’ ke empat…aku perati meter kelajuan…130…hati cuak…kereta mula membuai…jgn eksiden sudah…doa aku dalam hati…

‘dia’ makin dekat…aku mengambil ‘lane’ paling kanan…tak sanggup rasanya untuk beselisih rapat2…hodoh benar muka ‘dia’ dlm pikiran aku…walaupun tampa kepala…’dia’ semakin dekat, aku cuma berani perati dgn anak mata sahaja…kami mula bersaing…aku beranikan diri menoleh sedikit…

ceh!!! ade kepala laaa….dia bawak moto membongkok kedepan…cam mat rempit tu…patut tak nampak kepala, helmet plak hitam…pastu lilit selendang putih kat leher…sialnya mat rempit, ingat ‘macho’ habis la wat cam tu…hidup tak habis2 nyusahkan org…sumpah aku dlm hati…nasib kaki aku tak kejang…hampir2 dah rasanya td…

aku ingat dah ok…tp tak lama lps tu…aku terbau bende yg amat tengik…pandangan pun mula berkabut…aik…takkan dtg balik kot…hati yg td mula reda kembali berdebar…laaaa…lupa tukar ‘gear’ lima daaa…bau ‘clucth plate’ menusuk kalbu…’air cond’ pun lupa nak bukak balik…sebab tu berkabut…bodoh cam mentibang lak rasanya…tiba2 muka terasa cam tapir…ahhh!! lusa balik kolumpo gerak siang2 la…senang…kalau btul2 takde kepala aku langgar jek…nyusahkan org…”

Jangan kita rosakkan akidah. Ingatlah tidak ada sebarang kuasa yang boleh mengatasi kekuasaan Allah. DIA maha berkuasa, maha bijaksana. Tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.