PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tindakan blogger kontroversi Alvin Tan menggunakan keratan kertas ayat suci al-Quran untuk membuang najisnya adalah satu tindakan yang melampau dan biadap.

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan itu menunjukkan dia tidak layak untuk hidup dalam masyarakat manusia yang normal memetik Sinar Harian.

Alvin Tan semakin biadap dan jijik

“Telah lama isu Alvin Tan ini. Semakin hari semakin jahat dan jijik. Nampaknya ‘kedajalannya’ sudah melampaui batasan yang sepatutnya.

“Dia membakar api kemarahan yang sukar dipadam. Orang seperti ini hanya membangkitkan kebencian antara kaum dan agama.  Ya ALLAH! Ke atas si dia ini tindakan-MU yang selayaknya,” tulisnya di laman Facebooknya hari ini.

Alvin yang masih dilihat berbangga dengan statusnya sebagai blogger kontroversi dikatakan semakin berani melakukan penghinaan kerana dia melarikan diri ke luar negara.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.