PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ini kejadian yang benar-benar berlaku kepada seorang lelaki dan isterinya.

Menurut Muhamad Saddam Jamaludin Sa, yang berkongsikan kisah ini, beliau mengamalkan bacaan Surah Al-Baqarah. Ikuti kisahnya yang sangat mengujakan.

Kelebihan Surah Al-Baqarah Jika Diamalkan

Usai solat Zohor hari ini, baca Quran. Hari ini lengkaplah bacaan surah Al Baqarah. Hampir setengah bulan baca hari ini sampai ke helaian terakhir mukasurat 49.

Dah berjanji pada sang isteri untuk bawakan dia ke Nurseri untuk membeli tanah organik. Siap siap keluar rumah naik kereta pergi ke bandar. Waktu tu ternampak ada satu Nursery, buat U Turn terus masuk ke Nursery.

Waktu tu tengok side mirror. Ada pasangan India pandang pandang. Lepas pandang di hon hon pula. Saya tak sedap hati. Saya parking ke tepi, keluar kereta. Anak dan isteri duduk dalam kereta.

Dia bonceng motornya ke arah kereta. Bila dia makin hampir, ya Allah terkejut saya!!! Dia sedang pegang

Beg duit isteri saya
Hp Note 3 saya
Hp isteri saya juga!!

Terkejut yang amat. Terus dia hulurkan.

" bang you punya barang jatuh dari kereta, I hon you tapi you tak dengar "

Waktu tu beribu ribu syukur pada Ilahi.

" terima kasih bang, tak percaya betul bang return balik barang ni. Ni hp dua biji, siap wallet sekali "

Teruja
Terharu

Nama dia David. Asal dari Bahau. Wanita tu tak sempat tanya siapa nama.

Faith in humanity restored. Syukur. Waktu berlaku ini teringat kata Ustaz

" siapa yang baca surah Al Baqarah, Allah swt jaga dia , jaga isi rumah dia "

Hari ini bila berlaku dugaan ini, Allah swt bukan sahaja lindungi harta saya, lindungi harta isteri saya juga. Huhuhu. Syukur.

Alhamdulillah 
To Mr David.

Saya doakan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Moga Tuhanku memberi kebaikan kepada kamu atas hati mu yang baik.

Amalkan Membaca Surah Al-Baqarah Jika Ingin Seisi Rumah Dipelihara

Amalkan Membaca Surah Al-Baqarah Jika Ingin Seisi Rumah Dipelihara

#‎malaysianpeople
#‎faithinhumanity
#‎albaqarah

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.