PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KECOH jugalah netizen di laman sosial memperkatakan mengenai satu kritikan Izreen Azminda terhadap persembahan lakonan Amar Baharin di dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Dalam teater tersebut Amar memegang watak Zainuddin bagi adaptasi novel terlaris karya penulis tersohor Indonesia, Hamka. Kalau di filem Indonesia watak tersebut dimainkan oleh aktor terkenal, Herjunot Ali.

Kritikan Izreen Azminda untuk publisiti dan tak beradab - Amar Baharin

Terdapat pro dan kontra mengenai kritikan Izreen terhadap Amar. Mereka pernah berkawan rapat dan dilihat intim sehingga dikaitkan gosip cinta setelah bekerjasama dalam drama bersiri popular, Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Namun, hubungan baik itu dilihat tidak berpanjangan. Kini, Amar dikaitkan pula bercinta dengan Amyra Rosli.

“Bukan saya tak boleh terima kritikan, tetapi kalau kritikan yang terlalu negatif itu saya tak ambil peduli sangat. Pasal kritikan Izreen itu saya kalau boleh memang tak mahu ulas lanjut.

“Sebab buat apa saya kaitkan nama dia dan secara tak langsung beri publisiti pada dia. Bila kecoh orang bercakap mengenai kritikan dia terhadap saya, komen daripada ramai peminat cara Izreen itu macam inginkan perhatian memetik Mangga Online.

Amar Baharin anggap kritikan Izreen Azminda untuk raih perhatian dan tak beradab

“Sebenarnya saya beranggapan kritikan yang dia sengaja letakkan di akaun laman sosialnya itu bertujuan untuk raih perhatian.Kalau dia tak suka lakonan saya, janganlah tengok. Saya memang tak kisah apa dia nak cakap cuma kalau boleh biarlah beradap.

“Apa salahnya beri komen terus di depan saya, tak perlulah nak muat naik di laman sosial. Apa tujuan dia buat begitu kalau bukan kerana inginkan perhatian.

“Kalau tak mahu datang cakap depan saya, dia boleh kirim mesej secara peribadi pada telefon bimbit saya. Kalaupun dia tiada nombor telefon saya, dia boleh kirim mesej teguran itu ke dalam ‘inbox’ laman sosial saya.

“Ada cara yang tertib dan penuh adap untuk menegur, bukanlah secara terbuka macam itu. Cara itu tak bagus,” ujar Amar kepada Mangga Online.

Bintang drama Suamiku Encik Sotong serta Cik Bunga Encik Sombong ini bagaimanapun tidak merasakan kritikan Izreen itu menjejaskan kariernya.

“Dia pun bukannya tak kenal saya. Kami pernah berkawan rapat dan kita sama-sama bekerja dalam industri seni. Saya tak ambil peduli langsung apa saja kritikan dia, apatah lagi mahu melenting.

“Macam saya kalau tengok seseorang itu tidak bagus saya tidaklah menulis kritikan terang-terangan di laman sosial.

“Kalau terlalu ambil peduli sangat kritikan orang saya takkan dapat memajukan diri. Saya hanya akan ambil serius kritikan membina bukannya kritikan yang menghentam dan bertujuan menjatuhkan.

“Lebih afdal kalau kritikan itu yang berunsur nasihat. Boleh kritik tetapi harus nyatakan cara penyelesaian agar saya dapat belajar membaiki diri dan kelemahan,” tegas Amar.

Menurutnya lagi, setiap kritikan tidak langsung mematahkan semangat untuk terus aktif di pentas teater. Khabarnya, teater tersebut bakal dipentaskan buat kali kedua berdasarkan sambutan hangat penonton.

“Sejujurnya saya tidak akan berhenti berlakon teater. Ini benda baru yang sudah menjadi sebahagian daripada karier saya. Saya tak percaya lakonan saya teruk dan nampak tenggelam dalam teater ini kerana apa yang saya persembahkan adalah mengikut arahan pengarah serta berdasarkan skrip.

“Jika tak bagus sudah tentu pengarah akan tegur. Ada golongan peminat yang datang tengok empat, lima kali teater ini sebab suka lakonan saya. Yang tak suka, saya terima teguran membina bukannya yang berbau hentaman. Saya tak peduli kritikan negatif,” jelas Amar.

Amar Baharin ketika dihubungi Mangga Online sedang berada di Temerloh, Pahang untuk penggambaran drama bersiri terbaru berjudul Tersuka Tanpa Sengaja. Drama bersiri sebanyak 16 episod untuk Astro Ria itu turut dibintangi Amyra Rosli, Hafreez Adam dan Emma Maembong.

Drama terbaru lain, Aliff Imani bersama Ummi Nazeera dan Fezrul Khan bakal disiarkan TV9 tidak lama lagi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.