PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kementerian Kesihatan akan melancarkan operasi merampas perisa vape atau rokok elektronik yang mengandungi nikotin dalam pasaran.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menegaskan, tindakan itu dibuat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 memetik Harian Metro.

Kementerian Kesihatan akan rampas perisa vape mengandungi nikotin
Pelanggan memilih perisa Vape yang dijual kepada pelanggan yang berumur 18 tahun ke atas sahaja di Ampang, Kuala Lumpur.

“Penjualan perisa yang mengandungi nikotin tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang.

“Kita akan bertindak tegas. Rakyat Malaysia sepatutnya menghirup udara segar bukan vape,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Makan Secara Sihat Sempena Deepavali di sini, petang tadi.

Kerajaan sebelum ini membuat keputusan tidak mengharamkan penggunaan vape.

Kementerian Kesihatan pula melancarkan kempen kesedaran berkaitan keburukan vape di seluruh negara.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.