PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang buruh binaan maut, selepas motosikal yang ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans di kilometer 6.5 Jalan Pontian – Kukup berdekatan dengan Rambah.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zakaria Abdul Rahman berkata, ambulans berkenaan dalam perjalanan ke Hospital Pontian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari, tadi.

Dalam kejadian itu, ambulans K‎linik Kesihatan Serkat yang membawa seorang pesakit berusia 48 tahun dipercayai  hilang kawalan sebelum melanggar sebuah motorsikal dari arah bertentangan memetik Sinar Harian.

Ambulans terlanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut
Keadaan ambulans dan mangsa kemalangan.

“Ambulans yang turut membawa isteri pesakit dan seorang pegawai perubatan itu telah terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan. ‎

“Penunggang motosikal yang merupakan warga Indonesia, Jang Saputra, 45, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pesakit yang berada di dalam ambulan terbabit kini ditahan di wad, manakala pemandu ambulans dan Pegawai perubatan cedera ringan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Jelasnya, ketika kemalangan berlaku keadaan cuaca hujan renyai‎.

“Pihak polis masih lagi melakukan siasatan dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.